Wednesday 24 September 2014

Semakin Malas.

Malas untuk menjadi Pemalas!
Warghhh hari ini adalah hari yang lemah.
Hari lembab untuk aku.

Aku tak nak menjadi Pemalas,
Kerna Pemalas adalah untuk sesorang yang tidak langsung berusaha tetapi telah menyerah.
Kadang-kadang kita menjadi malas kerana faktor badan yang lemau dan lemah.
Caranya mudah.
Lakukan gerakan senaman ringkas. Gerakkan otot kaki dan tangan.
Atau cara kedua, sila urut di celah peha. Memang berkesan khas unutk kaum Hawa.

Dalam malas-malas berjaya juga aku siapkan membuat oenhantaran 3 helai item tempahan. veil!
Dan siap juga sehelai baju dan veil. Tipu! Tak siap pun. Just letak-letak. Semuanya kerana MALAS.

Masyallah, terukkan kuasa malas. Sehingga malas untuk masak. Aku mesej mr lee.
"Abang belikan burger.."
"Abang balik jam 11."

Warghhh.
Serius, aku malas, Malas untuk masak.
Malas macam mana pun, makanan suami perlu ku sediakan.
Antara malas melawan tanggungjawab.
Aku pilih tanggungjawab. Tak sampai hati, jika tidak ku sediakan hidangan makanan.

ok. Tom yam im cominggggg!!!


24 september 2014
8.36pm

Friday 19 September 2014

Dia kekasih Allah

Asalamualaikum.

Harini dan Semalam.
Ashik dan kerap putarkan lagu 'Dia kekasih Allah' by Hijaz. Masyallah sedap sangat lagu tu.
Bukan kali pertama mendengar. Tapi mungkin kali pertama betul-betul menghayati lirik dan irama.

Fuhhh! Sangat menikam hati.
Mengalir air mata mendengar. Barangkali  Allah telah mencampakkan rasa kerinduan yang selama ini kering dalam diriku ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw. Betapa aku rindu kekasih Allah itu. Betapa aku rasa malu kerana sering melupakan dia.

Aku teringat satu puisi yang pernah aku baca.
lebih kurang begini.
'Andai suatu hari. Pintu rumah diketuk. Saat anda membuka pintu, kelihatan  Rasulullah berdiri dihadapan pintu. Apakah perasaan anda? Tidak malukah anda apabila baginda melihat umatnya seperti Anda?'

Bila mendengar lagu ini., Mindaku terus berpusing. Terbang jauh. Macam-macam di benak fikiran. Semuanya tentang masa.

'Yang muda menjadi tua.
Yang hidup telah mati.
Yang kecil telah dewasa.
Yang gagah telah kecundang
Yang sihat telah sakit
Yang berdiri telah terbaring
Yang berdua telah menjadi seorang
cuma kita.aku dan anda
Masih leka.
Yang leka dan tetap leka.

Bersediakah aku untuk kembali kepada pencipta?

**** saat ini, aku masih mendengar lagu ini. lebih 20 kali kuulang! Allah..